Friday, July 13, 2012

bab 2

sepi..tiada perbualan diantara mereka..
hanya ditemanani suara di corong radio yang memecah hening suasana sepi di dalam kereta itu.


"kita nak pergi ke mana nie??" Sya memulakan perbualan. perasaan ingin tahu semenjak mendiamkan diri sejak bertolak dari rumahnya.


"pergi rumah mama papa Iq,kat KL. duduk sana.." ringkas jawapan Iqbal menjawab soalan Sya..
seperti tiada tanda-tanda untuk meneruskan perbualan..


Sya juga tidak ingin menanyakan dengan lebih lanjut. itu pun sudah memadai sekadar untuk menenangkan hatinya.


kereta model nissan GTR milik Iqbal itu terus meluncur laju bergerak menuju ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu. 


sesampainya mereka di rumah yang lebih besar berbanding rumah Sya di kampung,sudah cukup membuatkan Sya terpergun melihatnya. rumah banglo 2 tingkat milik mama dan papa Iqbal tersergam indah  dilengkap dengan kolam renang serta perabot-perabot yang semestinya bernilai beribu-ribu setiap satu. tidak cukup dengan perabot,rumah itu juga siap diuruskan beberapa orang gaji serta driver yang sentiasa setia menguruskan kerja-kerja harian keluarga Iqbal.


"Iq,Sya..welcome home." sambut papa dan mama Iq dengan senyuman yang gembira menantikan kedua-dua pasangan itu.


happy sungguh papa dan mama ni sambut anak dia dengan aku. tapi kenape papa dan mama Iq nak ambik aku ni sebagai menantu dieorang?? gumam hati Sya.


"assalamualaikum pa,ma" jawab Sya dambil menyalami kedua mertuanya..


Iqbal hanya menyalami kedua orang tuanya tanpa berkata apa-apa. mungkin cukup sekadar Sya yang menjawab bagi pihaknya sekali.


"waalaikummusalam."jawab papa dan mama serentak.
"marilah masuk. Iq,suruh je pak ngah angkat beg-beg kamu tuh."papa memberikan isyarat kepada pak ngah iaitu seorang driver untuk mengangkat beg-beg kami sejurus mengajak kami masuk.


hari ini,bermula lah hidup aku sebagai isteri kepada seorang lelaki yang tidak ku kenali dan aku sukai. hanya cukup sebagai title bergelar isteri.



No comments:

Post a Comment