Friday, July 13, 2012

Dirimu yang istimewa

BAB 1

"tidak akan mudah jatuh cinta dan tidak percaya akan cinta pandang pertama"

itulah prinsip yang dipegang kuat oleh seorang gadis kampung yang tidak mudah percayakan lelaki. hidupnya yang serdahana dan tidak mudah bergantung kepada sesiapa. tapi kini....

"selamat pengantin baru Sya.."
ucapan temannye memberhentikan lamunan nya ke alam realiti..ye realiti.. realiti dimana dia kini diatas pelamin bersama pasangan nye,Muhammad Iqbal Bin Syed Mustafar sedang bersanding..

"terima kasih Mar.." senyuman yang terukir tidak memberi apa-apa erti,hanya sebagai lakonan yang dibuat-buat.. 
Nur Aisya Qistina Binti Johari. itulah diri gadis yang berumur 19 tahun yang tidak menyangka akan berkahwin kerana suruhan kedua orang tuanya.

Sya merupakan seorang gadis yang sangat bencikan lelaki kerana peristiwa yang menimpa kakak sulungnya, Nur Aisyikin Mariam dimana telah ditinggalkan oleh suaminya bergitu sahaja.

hidup kakak sulungnya itu bagai tiada erti,hanya menangis sepanjang malam dan banyak termenung memandang laut yang terbentang luas dihadapan rumahnya.

sejak itulah Sya tidak pernah menganggap semua lelaki itu baik dan tidak pernah percayakan lelaki.

tapi yang merungsingkan hatinya,kenapa lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya itu langsung tidak membantah keputusan kedua orang tuanya untuk berkahwin dengan Sya sedangkan lelaki itu langsung tidak mengenali diri Sya apatah lagi berjumpa. 

No comments:

Post a Comment