Saturday, July 14, 2012

bab 3

Iqbal banyak mendiamkan diri sejak hari perkahwinan mereka lagi.
tidak banyak yang dibualkan antara Sya dan Iq.


di dalam bilik 


"boleh aku tanya kau sesuatu??"tanya Sya setibanya mereka masuk ke dalam bilik.. soalan yang sudah lama Sya ingin pertanyakan. Sya lebih biasa membahasakan dirinya 'aku' dan 'kau' jika bercakap dengan lelaki.


Iq sekadar mengangguk tanda membenarkan Sya menanyakan soalan.


"kenapa kau nak kahwin dengan aku?? kau bukannya kenal aku pun." tanya Sya.


Iqbal menghembuskan nafas lembut sebelum menjawab. dia memang menjangkakan bahawa Sya pasti akan menanyakan soalan itu kepadanya,tapi tidak lah secepat yang dia sangkakan.


"kenapa awak nak tahu?? awak pun sama,kenapa setuju nak kahwin dengan Iq??" jawapan yang diberi Iq dibalas dengan soalan yang sama kepada Sya membuatkan Sya sedikit marah.


aku tanya dia,dia tanya aku balik. memang tak reti bahasa betul lah mamat ni. gumam hati Sya dengan riak yang tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Iq.


"sebab mak dengan ayah aku. aku tak nak hampakan keputusan dieorang." perlahan sahaja Sya menjawab tapi masih boleh didengari oleh Iq. 


Iq agak terkejut dengan jawapan Sya,kerana tidak menyangka seorang gadis sanggup berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali hanya semata-mata kerana suruhan kedua orang tuanya.


"oh.." Iq tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi kerana seolah-olah dia dapat membaca situasi yang dihadapi Sya. riak wajah Sya yang agak sayu apabila berkata tentang kedua orang tuanya dapat ditangkap oleh Iqbal.


"takpe lah,awak kemas lah baju awak tu dulu. saya turun bawah." Iq bersuara setelah beberapa minit. tanpa sempat Sya berkata,Iq sudah melangkah keluar dari bilik.


Sya hanya menurut kata-kata Iq dan melangkah menuju ke almari baju untuk menyimpan baju-bajunya. 


perbualan mereka mati setakat itu untuk hari ini. mereka lebih banyak menguruskan hal masing-masing dari bersama.











No comments:

Post a Comment